Sunday, June 23, 2013

Penyiasatan pikat Casier

Oleh WAN NORIZA MEOR IDRIS


Kuala Lumpur: Atlet baling tukul besi, Casier Renee Kelly Lee ingin berada dalam dunia penyiasatan andai tidak bergelar atlet.

Soalan (S): Jika bukan atlet, anda seorang...

Jawapan (J): Saya ingin menjadi seorang detektif.


S: Mengapa?

J: Bagi saya tugas seorang detektif amat menarik. Bukan mudah untuk menyiasat sesuatu dan pada masa sama ia menyeronokkan kerana berdepan tugas berbeza setiap hari selain amat mencabar, perlukan keberanian. Bukan mudah menyelesaikan sesuatu kes, umpamanya jenayah homisid.


S: Andai benar-benar diberi peluang menceburi bidang penyiasatan, apa kata anda?

J: Sudah tentu saya ingin teruskan dengan cita-cita bergelar detektif ini. Cuma buat masa ini saya sibuk bergelar atlet.


S: Mungkin ada sesiapa mempengaruhi anda untuk bergelar detektif? Ada ahli keluarga bekerja sebagai polis?

J: Tidak. Tiada ahli keluarga menjadi polis mahupun terbabit dalam dunia penyiasatan. Saya terpengaruh dengan rancangan detektif yang ditonton di televisyen.


S: Selain sukan tukul besi, mungkin anda ada meminati sukan lain?

J: Tiada. Saya begitu meminati sukan ini.


S: Apa hobi anda?

J: Banyak. Namun, saya paling gemar membaca.


S: Ada keistimewaan lain dalam diri anda?

J: Juga tiada. Kelebihan saya hanya terhadap sukan tukul besi. Mungkin kerana kekangan masa dengan jadual latihan padat, saya tiada masa mencuba sesuatu yang baru.


S: Bagaimana pula dengan sasaran anda untuk 2013? Sebarang kejohanan utama?

J: Saya akan beraksi di Sukan SEA buat kali pertama tahun ini. Temasya di Myanmar itu memang saya nantikan. Saya amat teruja dan meletakkan misi membawa pulang pingat emas buat Malaysia.


S: Selain nampak gagah di padang, mungkin ada ciri kelembutan di dalam hati anda?

J: Ya, saya seorang pencinta haiwan. Saya mempunyai banyak anjing di rumah dengan pelbagai baka. Ada lima ekor dan semuanya baka ‘besar’, jenis yang digunakan dalam penyiasatan atau K9. Saya memang sukakan anjing besar, antaranya German Shepherd dan Rottweiler.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenyiasatanpikatCasier/MA/Article/index_html

No comments:

Post a Comment