Sunday, May 19, 2013

Putra Azrul, Savinder sasar emas

Oleh Mohd Rafi Mamat
sukan@mediaprima.com.my


Atlet kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor (MSSS) itu menyuarakan keyakinan itu berdasarkan pencapaian membanggakan pada saingan MSSS bulan lalu selain prestasi mereka yang kini berada di kemuncak.

Catatan terbaik Savinder yang kini belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dalam acara 800m, 2 minit 17 saat manakala 5:07s bagi 1,500m. “Sasaran saya pada MSSM kelima ini untuk membawa pulang dua emas berbanding satu emas dan satu perak di Perlis tahun lalu. Ketika di Perlis, saya gagal menyerlah dalam 1,500m.

“Selain kilauan emas, tumpuan utama saya untuk memecah rekod kejohanan 800m (2:18s). Masa terbaik 2:17s yang dicatat pada MSSS diharap menjadi pembakar semangat untuk berlari lebih pantas lagi,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu. Dia berkata, jika impian memecah rekod menjadi kenyataan peluangnya terpilih mewakili negara pada kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Asean dan Kejohanan Remaja Asia Tenggara (SEA YOUTH) akan menjadi kenyataan.

Bagi Putra Azrul pula, pencapaian dua emas pada MSSM tahun lalu pasti diteruskan kali ini dalam usaha menambah koleksi pingat seterusnya membantu Selangor menjulang kejuaraan yang terlepas sebelum ini.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PutraAzrul_Savindersasaremas//Article/article_print 

No comments:

Post a Comment